“ Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa,
janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan ” (Al-Maidah : ayat 2)

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL



Merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.


Pelan Perlindungan Beserta Simpanan Berlandaskan Syariah Untuk Semua


Pelan Simpanan & Perlindungan ini direkacipta untuk peserta berumur 30 hari hingga 60 tahun. Simpanan & perlindungan maksimum sehingga umur 75 tahun.

Antara manfaat pelan IST:

  • Manfaat perlindungan akibat kematian & hilang upaya kekal menyeluruh.


  • Manfaat simpanan pada akhir tempoh matang.


  • Jumlah sumbangan yang fleksibel.


  • Pengeluaran sebahagian wang tunai.


  • Penambahan kadar sumbangan.


  • Pilihan RIDER tambahan untuk peserta seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability, waiver of contribution dll.


  • Pulangan pelaburan yang lebih baik.

    p/s: sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya.


IKHLAS EDUCATION CLASSIC



Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu.


Pelan Perlindungan Beserta Simpanan Berlandaskan Syariah Untuk Pendidikan Anak

Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Maksimum penyertaan bagi pelan ini adalah sehingga anak berumur 23 tahun (UHAD).

Antara manfaat pelan IKHLAS Education Takaful Classic:


  • Manfaat simpanan pada akhir tempoh matang. Ia adalah perancangan yang bijaksana dalam menyediakan dana pendidikan lanjut anak-anak.


  • Pengecualian caruman sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal menyeluruh atau mengidap salah satu penyakit kritikal yang dilindungi.


  • Manfaat perlindungan peserta (anak) akibat kematian & hilang upaya kekal menyeluruh.* Jumlah sumbangan yang fleksibel.


  • Pengeluaran sebahagian wang tunai.


  • Penambahan kadar sumbangan.


  • Pilihan RIDER tambahan untuk peserta (anak) seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability dll.


  • Pulangan pelaburan yang lebih baik.


  • Anugerah Kecemerlangan Akademik (RM100 bagi setiap A, dengan syarat minimum UPSR:5A, PMR:7A, SPM:7A)

p/s : sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya.


IKHLAS Wanita Takaful


Pelan IKHLAS Wanita Takaful direkacipta khas sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini bagi meniti kehidupan moden yang semakin mencabar. Ia dibuka penyertaannya bagi peserta yang berumur 16 tahun sehingga 50 tahun. Tempoh perlindungan adalah maksima sehingga peserta tersebut berumur 65 tahun.

Terdapat 4 pilihan pelan untuk dipilih oleh peserta sesuai dengan keperluan dan kemampuan peserta tersebut. Pelan-pelan RIDER boleh ditambahkan kepada pelan ini seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability, waiver of contribution dll.

p/s: sila hubumgi kami untuk keterangan selanjutnya.